Sunday, March 31, 2013

sudah besar?

hello blog!
okeh, bila sudah besar ni
tulis blog bila perlu sahaja
hahaha!

contohnya, bila boring
bila boring kita akan semangat nak membebel kannn

so, sepanjang aku tak tulis blog ni
takde benda sangat yang jadi kat diri aku
meh aku list kan senarai aktiviti yang sudah buat
dan juga yang harus buat

1. Bercuti yeayyyy!!

okeh, actually bukan lah cuti sangat pun
cuma pergi hiking dengan le friends
and pergi mandi-manda di pantai
feeling-feeling cuti lah
biarlah cuma dekat Penang je pun


GG di Pantai Kerachut


Rock stars ingin ke Monkey Beach


Le friendssss


Best okeh Penang National Park ni
sila lah pergi wahai kanak-kanak yang berada di sekitar Penang
buat aktiviti yang sihat sambil jalan-jalan

Pergilah ke Monkey Beach, cari jodoh orang putih
untung-untung dapat anak mata biru
perghh!


2. Pharmnight 2013

Annual dinner untuk student pharmacy USM
theme untuk tahun ni 'Vintage Garden'
ambik kauuu!
kemain theme dinner tahun ni
sampai pening-pening nak pakai baju apa
end-up pakai baju biasa je pun
hmm..


GG


3. Interview SPA (next Wednesday)

Dah besar rupanya aku ni
bila kena apply kerja
and kena interview untuk kerja

tak sangka gila
next year dah bekerja (insha allah, amin..)
sebagai prp (provisionally registered pharmacist)
pastu frp (fully registered pharmacist)
and then...

KAHWIN!!

hahahahaha!

so, applying for pegawai farmasi U41
gila lah..
satu benda pun tak tahu okeh

dan sebenarnya,
waktu aku guna untuk tulis blog ni
waktu aku kena study untuk interview
hmm..

okeh lah!
nak study lah sikit
wish me luck people!!

adios!

Wednesday, March 13, 2013

karma follow bontot, tahu !

aku tak tahu sama ada
aku ini bodoh sangat
atau mereka bijak sangat

tapi yang pasti
sampai sekarang aku masih dalam state 'confuse'
confuse dengan perasaan sendiri
confuse dengan ego sendiri
confuse dengan semua

A bilang mereka pernah bersama
tapi B bilang mereka tak pernah ada apa-apa
jadi aku, a.k.a si C buntu sama ada
A benar atau B yang betul
atau dua-dua salah, aku betul?
eh, confuse nya si C

jadi apa yang perlu C buat
hanya tunggu karma yang selama ni follow bontot diorang
datang dan lempang muka diorang
itu pun kalau diorang menipu

aku?


sorry, karma tak follow aku.

Saturday, December 1, 2012

Mungkin

Mungkin aku ni selalu sangat tak serious
Sampai kalau aku cakap benda serious pun orang anggap main-main

Tak semua faham aku
atau aku yang complicated sangat?

Aku perlukan rumah
Perlukan mama, ayah, adik-adik aku
Mungkin untuk seorang yang selalu main-main macam aku
Cakap pasal homesick atau nak balik rumah perkara yang sangat lawak
Pada mereka, mungkin

Tapi tidak bagi aku.

Dan mungkin, pada mereka untuk seseorang macam aku mengaku kalah
adalah perkara yang sangat main-main.

Tapi tidak bagi aku.

Thursday, August 2, 2012

ehem



tahun akhir.
seksa juga nak sampai sini.

well, HELLO FINAL YEAR!
PLEASE BE GOOD.

Monday, June 18, 2012

18,000 dalam 1

lamanya tak update blog
last update masa habis 1st paper hari itu
dan disebabkan dah banyak hari tak update
maka kita akan buat combo update
hehehe!


1. Combo Set A


exam berjalan seperti biasa
disebabkan exam banyak paper petang
malam itu boleh selit sekali time untuk tengok bola

oh ya!
aku takde lah minat sangat-sangat bola tu
minat pun sebab ada player yang aku suka je pun

and team aku mestilah La Roja !
second team aku team Germany


kenapa Spain dengan Germany?
Sebab Spain ada Ramos and Germany sebab ada potential nak menang
So Vamos Espana ! Go Germany !


2. Combo Set B


Hari tu Jose Mourinho datang Malaysia
and aku jeles sangat sebab PM dapat jersy RM siap ada tanda tangan ok
aku punya lah berkira-kira nak beli jersy RM yang baru
PM siap boleh dapat free je kowt

ni baru Mou yang datang
kalau player dia yang datang
berdarah hidung lah aku

jeles much


3. Combo Set C







meet my baby cactus, Ramos !
Nama panjang dia Muhammad Ramos Talhah
ya i know, i know
bunyinya sangat lame

tapi, ada aku kisah?
hahahaha!

Ramos dah tumbuh stalk baru
hari-hari aku akan cakap-cakap dengan dia
mak aku cakap, kalau kita rajin cakap dengan pokok
nanti dia tumbuh elok

so, ini lah hasilnya !
Ramos yang sihat ! :)


ok, tu je lah pun
combo-combo yang ada
takde lah sampai 18,000 perkara pun
18,000 patah perkataan, mungkin?

so, nak out
nak study CNS



baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers